MDS UITM Pasir Gudang 2016


Assalamualaikum. Hi guys, so tajuk entry pasal 'mds'. Aku nak share mds di Uitm PG ni macam mana. Harapan aku ialah entry kali ni dapat membantu bakal mahasiswa uitmpg. Bukan apa sebab masa aku dapat tawaran dulu aku search lah mds uitmpg tapi tak ada hmm sedih. Okay, MDS ni adalah Minggu Destini Siswa. Ramai orang kata minggu ni minggu mengerikan tapi bagi aku minggu yang memenatkan. Seriously weh penat!

1st day
Okay, hari pertama aku sampai awal. 7.30 sampai dah. Sampai tu gerimis. Macam tahu je aku sedih nak pisah dengan mak abah aku. Hahahaha. Over. Okay, dah boleh masuk tu ada lah PM(Pemimpin Mahasiswa) ni tunggu kat pb. Diorang kat sini dah kasi satu kertas yang nyatakan korang duduk kolej mana. Untuk lelaki, Firdaus 1, Firdaus 2 dan Firdaus 3. Perempuan pulak ada 4 iaitu Salsabila 1 and so on. Aku dapat Salsabila 4.

For your information, aku datang dengan member aku sekali, satu kereta sebab nak dapat satu rumah/bilik. Kata senior aku datang saing dapat sama. Tapi kan malangnya, tak sama, blok pun tak sama. Dia dapat S1. Hmmm jauh. Okay sambung! Pastu daftar kat bawah kolej. Dia bagitahu S/F berapa. Pastu dapat lah kunci boleh dah angkat barang masuk bilik. Satu rumah 8 orang, ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang. Kitorang dulu petang baru start mds. So nak jalan-jalan gi tebrau ke Tesco ke dipersilakan.

Ok lupa nak cakap, datang daftar tu pakaian bebas tapi pastikan menutup aurat dan helokkk sikit eh. Pakai baju kurung terus pun boleh. Petang dalam pukul 4 ke gitu dia suruh kumpul kat PI iaitu Pusat Islam. Pakaian baju kurung sebab dia dah ada buat pengunguman. Time ni diorang handle dah. Asar, Maghrib, Isyak semua situ. Lepas Isyak gi DP(Dewan Peperiksaan) adalah ni ceramah ke apa diorang nak kasi.

Pasal 'makanan' korang jangan risau. Time mds makanan disediakan dan free of charge. Cuma time makan nanti biro makanan garang sikit. Akan kedengaran "Cepat sikit makan, kawan korang ramai lagi tak makan"and "Jangan tarik kerusi! Angkat kerusi tu!" Lebih kurang macam tu lah. Memang tak sempat nak kunyah 44 kali. Beberapa kali je dah telan. Aku tak masalah pun cuma tak yah ah ulang banyak kali. Aku tahu lah. Hehehehe

Jadi korang masuk tidur dalam pukul 1/2/3 pagi kot. Tapi yang penting lewat. Hehehe.

2nd day
So, hari kedua. Engkau akan dipesan bangun pukul berapa. Macam aku dulu pukul 5 dah kena ada kat parking. Peh, tidur memang tak cukup beb. Barai habis. Nanti dalam dp madah tidur je. So bangun pukul 4 lah nak mandi apa semua.

Okay, nak bagi tips ni hehehe. Jangan tidur tanpa mandi. Kalau boleh mandi dulu baru tidur. Bukan apa nanti takut terlajak tak sempat nak mandi semua and baju kurung yang nak dipakai tu kalau boleh dari rumah korang dah iron. Tudung time mds ni tudung bawal hitam je. So get ready. Baju putih kain hitam tu pakai time perasmian je, last day kot. Dia ada bagitahu jangan risau.

Aku bagitahu ni biar korang mandi. Aku dulu ada lah tak sempat mandi, terlajak. Menyesal gila tak mandi malam tu sebab ngantuk sangat. Pehhh. Tak selesa gila do.

Hari kedua ni, duduk dp je kot. Tak berapa ingat lah.

Hari-hari seterusnya
Hari seterusnya ni biasa je. Sama je kot. Korang akan ulang alik dari kafe ke pi. Next pergi dp. Itu je lah tempat yang korang akan pergi. PM selalu sebut "Pantas siswi/siswa. PANTAS!","Jalan terkedek-kedek, ingat pergi pasar ke". Hmmmmm, tahan je lah telinga korang.

Time mds ni aku nasihatkan pakailah kasut sukan. Senang sikit. Time mds ni bawaklah sekali buku nota nak catit/catat peraturan PM ni. JANGAN PANGGIL PM NI AKAK OR ABANG! JANGAN! Panggil je PM _____ (nama dia). Okay.

Antara peraturannya:
1. Pakai seluar dalam kain.
2. Pakai inner neck (so bawaklah ye)
3. Pakai handsock
4. Angkat kerusi, jangan tarik (masa makan)
5. Panggil PM
6. Jangan langkah longkang

Ni sikit je, nanti adalah dia kasi. Okay hari seterusnya, lebih kurang je. InsyaAllah korang takkan homesick punya sebab hari-hari korang terisi. Cuma aku adalah satu hari tu. Kejap je, tak nangis pun. Macam terkenangkan rumah. Hahahaha.

Okay guys. Aku nak bagi tips semasa mds ni. Haaa. InsyaAllah berguna.
  1. Baju kurung pesemua tu iron je dari rumah.
  2. Tudung hitam bawak lebih and dah iron jugak.
  3. Bawak air mineral 1 kotak. Beli je lah yang botol kecik punya. RM10 je. Bawak lah air ni time mds. 2/3 botol ke.
  4. Gambar X-RAY yang besar tu tak payah bawak. Simpan je lah kat rumah. Diorang tak tengok pun. Bawak keputusan dia sudah lah. Pesan lah kat kawan yang bawak tu. Kesian dia.
  5. Baju putih ada suruh bawak kan? Haa baju tu pastikan menutup aurat, jangan ketat. Nanti dia bagitahu pakai bila.
  6. Hafal lagu Bangsa Johor, Wawasan Setia UITM dan UITM Di Hatiku. Cari kat youtube ke. Lagu wajib ni. Nanti diorang suruh korang nyanyi.

Okay guys, aku sampai sini lah ye. If korang ada apa-apa nak tanya pasal UiTM Pasir Gudang or Civil Engineering, feel free to ask me. Boleh email ke norvanidamohddiah@gmail.com or korang boleh dm aku kat Instagram @nrvnd. Banyak sangat nak tanya aku kasi nombor aku nanti.

Aku nak ucapkan tahniahhhh sebab dapat sambung belajar. Belajar betul-betul. Belajar kat u ni lain sikit. Banyak ujian dan cubaannya. Fighting!!!! Dannnn jangan lupa contact mak ayah. Selalu tanya khabar and minta restu diorang.

Semoga kita berjumpa di UiTM Pasir Gudang. Tegur-tegur lah ye. Pg ni tak besar mana pun. InsyaAllah jumpa. Kalau terjumpa tu kenalkan diri dulu. Nak mintak tunjuk ajar or buku ke InsyaAllah boleh. Harap entry kali ni bermanfaatlah ye. Kalau korang ada email or dm kat insta aku tak dapat balas dalam masa terdekat ni sebab busy kerja. Sorry. Tapi aku akan sentiasa check. InsyaAllah. Assalamualaikum ;)



Comments

Popular posts from this blog

Cuti semester 5 bulan

2 paper lagi