Final Exam for Semester 2




Assalamualaikum. Ya Allah, lama betul aku tak update kan. Nama pun pelajar, macam biasa, busy. Ceh! Alasan itu semua! Tapi kan, tup tup je aku tengah final ni. Alhamdulillah 3 subjek dah lepas and still ada 3 subjek lagi. Paper ketiga haritu 28 haribulan and now aku tak ada paper until this upcoming friday, 7 april nanti. For your information, paper agama and business dalam 1 hari yang sama which is 28 haribulan haritu. Punyalah stress sebab dua subjek ni memerlukan daya ingatan yang tinggi maksudnya menghafal. Fuhhh.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Okaylah. So, sekarang ni nak menunggu hingga 7 haribulan peh lama an. Tiga hari ni aku tak study sangat. Study tau tapi tak bersungguh sangat. Tengok movielah, tapi tidurlah yang paling kerap. Jangan contohi eh guys. Aku pun tak tahu lah sem 2 ni dapat dekan ke tidokk. Macam payah sikit tapi kena positif and doa. Cek niat and betulkan balik guys! 

Paper aku habis on 12 april. Lepastu yay balik rumah. Hehehehe. Lepastu cuti 5 bulan. September startlah semester 3. Lama kan cuti. Hmmm, buat apa? Ofcourse kerja. Aku bukan anak orang kaya nak duduk goyang kaki kat rumah. Hehehe. So guys, gerak dulu, 

Semester 2 ni best jugaklah bagi aku and mencabar sikit sebab makin banyak assignment and presentation. Lagi kau nak kena hadap macam-macam perangai lagi kan. Faham-faham je lah. Sem 2 ni Alhamdulillah makin rapat dengan classmate perempuan. Cantik! Tapi sem 2 ni subjek still tak ada yang kait gila dengan civil ni. Next sem ada dua, tak silap fluid dengan soil. Ayuh fighting! Akhir kata guys, aku doa yang terbaik untuk sesapa yang tengah, akan dan telah menghadapi final. 

Assalamualaikum :)


Comments

Popular posts from this blog

2 paper lagi

Cuti semester 5 bulan