Cuti semester 5 bulan

Assalamulaikum. Alhamdulillah lama dah habis paper. Seminggu adalah kot kat rumah ni. Hmmm cuti sem 5 bulan. Lama kan. Apalagi of course cari duit. Haritu kan aku pi mintak kerja kat tmpat lama tapi malangnya full dah and kalau ada kosong baru dia call. Peh hancur punah harapan aku nak kerja lagi kat situ.

Dah tak de kerja tu mak suruh lah ikut member aku sorang ni kerja kl and alhamdulillah okay boleh. Right now aku kat kl dah ni. Start kerja sabtu ni. Tapi dedor beb. Kerja dia macam mana aku pun tak tahu buat. Seram dengor akak-akak kat sini cerita. Takut kena buli pun ada gak. Huhuhu.

Yang penting aku tak homesick lagi ni hahaha jangan lepas mula kerja rasa fed up pulak dah la. Pastu merengek nak balik. Hahahaha. Kadang aku terfikir gak bilalah company tempat lama aku kerja tu nak call. Kadang mengharap sangat yang diorang akan call aku. Hmmm. Ni namanya aku takut nak hadap benda baru. Padahal biarlah kita ada banyak pengalaman pasal kerja kan.

Aku kadang rasa penat, sedih pun ada. Hidup aku dah tak macam dulu dah. Dulu senang je rasa. Sekarang tak tahulah. Lagi-lagi jadi anak sulung ni. Banyak tanggungjawab walaupun kau perempuan. Tu yang aku geram dengan gap year ni hahaha. Bukan apa, tempoh pengajian aku ni tiga tahun dah kalau ada gap year lambat lah aku grad and lambat lah aku kerja. Aku fikir sekarang ni nak habis cepat and lepastu kerja. Umur abah tu bukan muda lagi. Tua dah. Harap sangat dapat balas jasa mak abah walaupun tak akan setanding jasa diorang dulu.

Guys, pray for me. Semoga aku tak kena buli and cepat belajar, kuat angkat barang hhahaha. Disenangi semua orang. Cehhhh. Yang penting biar tenang and tabah je hati aku ni hadap semua. Dah la jauh dari family 😂 okay bye guys assalmualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

MDS UITM Pasir Gudang 2016

2 paper lagi