KASUMA UITMPG



Assalamualaikum.
Hi peeps. Lama tak dengar cerita right? Sibuk sangat aku ni. Tapi minggu ni boleh rilek lagi. Hehehe. So straight to the point, hari ni nak cerita pasal KASUMA iaitu Karnival Sukan Mahasiswa UITM Pasir Gudang 2017. Berlangsung pada Jumaat lepas, 3 March. Ini pengalaman pertama aku lah semenjak berada di uitm pg ni. Baru sem 2 kan. 


Nak dijadikan cerita, ada rumah sukan lah macam time sekolah dulu tapi rumah ni ikut kolej. Kolej Firdaus 1 dan Salsabila 1 satu rumah. Baju colour biru. F2, S2 colour merah, F3, S3 colour hijau. Ni blok komander ni kalau korang nak tahu. And lastly S4 colour purple. S4 gabung dengan NR sebab Firdaus 4 takde. 

Game for kasuma ni tak banyak. Game dia bukan macam time sekolah dulu, lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh lah. Antaranya, tarik tali, futsal kampung, dodgeball, frisbee, giant dam dan tarik upih. Aku masuk tarik upih tapi tarik upih tukar baling selipar. Hahahaha. First time jugak main. Main punya dengan semangat nak kasi S1 menang tapi malang sekali kecundang di tempat ketiga. Oklah tu kan. 


Ok, sebelum tu, ada perarakan antara rumah. Rumah biru tema frozen dan paling gempak rumah merah sebab tema diorang walking dead. Zombie. Seram jugak lah hahahaha. And for perarakan of couse deme menang. After that ada zumba. Lepas zumba je hujan! Hahaha, apa lagi terkedek-kedek lah lari. Lepas reda barulah start game.


Petang ada majlis penutup. Mostly, rumah merah banyak menang. And diorang paling semangat. maybe sebab mostly yang duduk S2 ni budak part 2 so diorang excited sikit macam aku. Blok lain ramai senior, so hmmm. Tapi yang penting kasuma kali ni best gila. Penat gila woi. Nak tengok gambar pergilah ke ig aku ye. Tapi tak upload lagi kat ig senanya. Hehehe. Fon prob sikit.

Dah penat-penat tu esok ada even pergi bantu rumah kebajikan for gelandangan. And InsyaAllah next post pasal event gelandangan yang aku join ni. Ada dua event, satu tolong kasi makanan kat gelandangan kat area jb and next rumah bina diri di mersing, if i'm not mistaken lah nama dia. 

So guys, aku stop sini dulu. InsyaAllah ada kesempatan aku share pengalaman aku. Sekian, Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

MDS UITM Pasir Gudang 2016

Cuti semester 5 bulan

2 paper lagi