Minggu ke-10 dah?



Assalamualaikum. I'm back! Yay or nay? Hahaha. Cepat kan masa berlalu? Rasa cepat sampai tengok blog dah lama tak update rupanya. Nama pun student kan, so memang busy lagi lagi dah minggu ke 10 ni. 4 minggu lagi weh nak final! Memang banyak assignment la. Ada business plan presentation lah, computer problem solving punya report lah. Aduhhh.

This weekend busy lagi guys! Yang tak sabarnya nak join warga kasih! Pergi tolong gelandangan kat jb guys! Jumaat ada induksi fka and sabtu ada lawatan ke balai bomba pasir gudang. Next weekend pun busy sebab ada sukan mahasiswa. Penuh planner aku. Tapi kena pandai urus masa. Sibuk-sibuk jugak tapi jangan lupa call mak ayah. Aku bagi nasihat ni. Dengoo kasi hadam bebaik.



And for today guys! Hari yang sangat menghiburkan. Lepas kelas pagi tadi, kitorang satu kelas, girls only lah hantar classmate kitorang pergi larkin. Dua kereta. Sorang hilang and sesat. And kereta lagi satu pun sesat gara-gara konon lah kan nak pick diorang. Sekali! Sesat masuk woodland! Kau rasa. Hahaha. Kelakar dia tak habis lagi lah sia. Malu pun ada.

After hantar kak nat kitorang gi makan kat kampung melayu. Makan beramai-ramai dengan pakai kad matiknya lagi. Sewa kereta sampai pukul 12 je sebab ada kelas pukul 12 tu. Tapi sir lambat 15 minit. Tapi kelas tadi sir nak kasi kertas test je. Hmm. Tahu tak yah datang pun tak pe. Eh,tak baik.

Alhamdulillah, yang aku syukur sangat hubungan classmate aku bertambah baik. Ukhwah terjalin. Setiap petang main netball. Alhamdulillah. Harapnya kekal. Doakan lah girls 2F yang tak berapa ramai ni sentiasa bersama dan tak bergaduh. Course pun engineering so, perempuan sikit sikit je dari lelaki. So guys, aku stop sampai sini dulu. Nak blogwalking mana yang sempat je dulu. Okay guys, rak lu. Byebye.






Comments

Popular posts from this blog

MDS UITM Pasir Gudang 2016

Cuti semester 5 bulan

2 paper lagi