Kebaikan tinggal di kolej

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Jumaat penghulu segala hari. 
Al-Kahfi jangan lupa guys. 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir je.

Okay,  harini aku nak update pasal kebaikan duduk di kolej, for uni lah ofcourse! Untuk asrama aku tak tahu sebab pengalaman hanya dapat beberapa hari je hahahaha. Okay fine, tak yah melalut. So, sebab aku tinggal kat kolej untuk sem 2 ni dah nampak dah beberapa kebaikan walaupun BOSAN! Hahahaha. 

college, school, and study image

Okay!

1. Pertama, tak perlu bayar sewa. Hahaha. Ini paling utama sebab hang tak payah keluar duit untuk sewa rumah. Save duit beb. Serious talk derr. Kalau kau duduk luar kau kena bayar sewa satu! Bil elektrik air semua, Barang dapur kalau kau masak. Pastu kalau dah duduk luar memang senang nak keluar jalan-jalan. Sebab? Mesti tinggal dengan member ada kereta tak pun kau bawak kereta. Haaa. Duduk kolej ni tak boleh bawak kereta, tapi ada gak yang bawak. Aku tak faham kenapa. Tapi buat asa ni kat UiTM Pasir Gudang ni itulah peraturan dia. Mungkin uitmpg ni kampus je okayy. Tak besar mana pun. Gi kelas jalan kaki. Dari kolej nampak kampus dari kampus nampak kolej. Hahaha.

2. Kedua, tak buang masa. InsyaAllah masa-masa anda akan terisi dengan aktivi kolej, mpp mahupun persatuan. Apa-apa aktiviti lah. Tapi kadang aku join sebab nak dapat kupon. Hahahaha, nampak kan motif dia apa. 

3. Makanan murah! For me lah. Dekat uitmpg ni lah. Harga biasa je, tapi kalau nak dibandingkan dengan harga kat luar tu lagi murah lah kat kafe ni. Lagi-lagi bandar. Fuhhh. Tapi yang tak bestnya, lauk sama hari-hari... Huaaa! Tapi tak pe, anda boleh mencipta pengalaman order delivery. Haaa. kepci ke mekdi ke. Hahaha. Okay gurau.

4. Okay yang keempat ni aku tak berapa pasti lah semua dapat ke tak kebaikannya. InsyaAllah dapat mendekatkan diri kepada Allah. Antara sebab-sebabnya adalah Pusat Islam dekat. Azan subuh, zuhur semua InsyaAllah dengar. Nak berjemaah tak jauh. Tak jauh pun tapi tak ramai jugak yang pergi. Idklah. 

5. Wifi. Yes, wifi ni menjadi satu keperluan dah. Tapi ada masalah lah sikit. Kalau kat uitmpg ni. Bilik no 4 je selalu dapat wifi. 1,2 dan 3 payah sikit. Tapi aku duduk bilik 3 ni Alhamdulillah dapat. Ni sampai bilik lah ni aku update tengah hari buta ni. Kalau tak tak de maknanya aku nak duduk kat luar. Panas. Tapi duduk luar bilik je dah dapat dah. 

6. Bersemangat untuk study. InsyaAllah anda akan bersemangat untuk belajar dengan adanya meja study. Hahaha, macam tak kena je kan. Sorry lah, aku memang macam tu. Rajin nak hias dashboard, meja semua. Semangat lah kan nampak lawa. Hhahaha. 

Guys! Jangan salah faham. Kebaikan tinggal di kolej ni adalah untuk kolej UiTM JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG tau. Untuk universiti lain aku tak tahu. Okay nampaknya, itulah kebaikan yang aku nampak kat sini. InsyaAllah. Betulkan niat nak belajar kerana Allah bukan terpaksa dan sebagainya. Menuntut ilmu kan dapat pahala InsyaAllah. Semua bermula daripada niat kita. So, betulkan balik niat korang. Sampai disini sahaja. Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

MDS UITM Pasir Gudang 2016

Cuti semester 5 bulan

2 paper lagi